Malaysia requires more people to voice out and stand in the front line. No more hiding behind their comfort zone and wait for changes to come. We ought to do it NOW! Peace to all mankind.

Monday, September 21, 2009

Polis punya motto tukar lagi?

Semasa saya balik dari perjalanan saya, ternampak pula 3 perkataan yang asing bagi saya. Kenapa pula saya kata asing? Sebab Polis sudah tukar motto ni... dari Mesra ke hemah? Mesra dahulu, sekarang hemah. Dahulu cepat, sekarang dah jadi TEGAS!!! Wah, betul ke ni?

Lihat gambar laman web Polis Di Raja Malaysia:


Hebat lah dia orang ni tukar motto macam tukar baju aje... Tapi, adakah mereka akan ikut seperti yang dikatakan ni?

Tegas ialah perkataan yang sangat kuat bagi saya. Saya rasa mereka akan TEGAS hanya kepada satu kumpulan sahaja. Entahlah... hanya mereka saja yang tau... Cepat sudah hilang, jadi sekarang sudah jadi perlahan ke? :D

Berhemah adalah sepatutnya. Harap mereka AKAN BERHEMAH kepada SETIAP orang. Bukan hanya VIP sahaja... Kerana kadang-kadang, saya rasa lapisan masyarakat yang tidak menunjukkan kekerasan kerap dikasari...

Harap anda akan ikut motto, jangan pula menjadikan ianya satu MOTOR yang ditunggang.

No comments: