Malaysia requires more people to voice out and stand in the front line. No more hiding behind their comfort zone and wait for changes to come. We ought to do it NOW! Peace to all mankind.

Thursday, October 16, 2008

Kepada Sabahan yang dikasihi

Setelah membaca surat yang ditulis oleh saudara/saudari yang berasal dari Sabah, ia menyentuh hati saya dengan orang-orang yang tinggal di Sabah. Saya pernah melawat Sabah pada tahun 2007. Destinasi-destinasi yang saya kunjungi ialah Gunung Kinabalu, Kota Kinabalu , Pulau Sapi + Malukan dan Kolam Air Panas Poring. Setiap tempat yang saya lawati memberi memori yang istimewa dan ia masih kekal dalam minda saya. Saya juga jatuh cinta dengan suasana di sana yang mana udara dan tempat yang saya kunjungi sangat bersih. Langsung tidak dapat dibandingkan dengan udara dan persekitaran yang teruk di Semenanjung Malaysia** terutamanya KOTA kita, Kuala Lumpur. Janganlah kata API* di KL ini rendah. Habuk tetap habuk. (*Unit yang digunakan untuk memeriksa tahap keselamatan udara.) (**kecuali Cameron Highland dan tempat yang terpencil.)


Saya telah menghantar surat yang ditulis saudara/ri ini kepada kawan-kawan saya. Salah seorang kawan saya berkata bahawa dia perlu berlajar dari orang-orang Sabahan. Ya, kita dah hidup dengan baik. Kita di Semenanjung Malaysia telah mengabaikan anda. Sangat Malulah saya untuk berdepan dengan kawan-kawan Sabah.

Pernah sekali kawan saya berkata bahawa orang Sabah tidak menjaga kebersihan. Masa itu, saya tidak bagi komen kerana saya masih tidak tahu akan keadaan yang sebenarnya. Namun, jika anda suruh saya bagi komen sekarang, saya boleh kata bahawa ia berlaku kerana kesusahan yang dialami mereka dalam keperluan harian. Dah menjadi kebiasaan bagi mereka untuk tidak membazirkan air. Tidak mendapat air yang mencukupi bukanlah sesuatu yang seronok bila ia berlaku pada kita. Saya masih ingat bahawa sepupu saya yang sangat suka dengan kebersihan diri, selalu mesti cuci tangan, muka selepas makan. Bayangkan dia di Sabah. Mana boleh tahan lama?

Sabahan juga mengalami kemiskinan yang sangat membimbangkan. Apabila anda membaca Sabahan Plights 2, anda mungkin akan merasa betapa untungnya kita ni yang masih boleh makan dan minum teh petang tanpa memikirkan banyak. Kerana kemiskinan, ia juga menjejaskan kesihatan rakyat di Sabah. Ubat-ubatan yang mahal tidak mampu dibeli oleh mereka. Malah, susu yang khas untuk bayi pun mereka tidak mampu. Ada yang pemikiran mereka masih kekal seperti orang dahulu. Mereka tidak mendapat didikan yang baik dan cara yang betul untuk menjaga diri serta anak-anak mereka.


Malaysia sangat maju! Maju di Semenanjung sahaja. Sabah? Sarawak? Adakah ia telah diabaikan oleh kerajaan yang hanya mahu jaga muka dengan membina KLCC, KL TOWER, Litar F1, membeli kereta berjenama, menjaga perut, dan apa lagi? Cyberjaya? Saya tahu! Kita perlu menjaga muka Malaysia bagi pelabur-pelabur yang akan membawa wang yang banyak ke negara kita ini. Setelah 45 tahun, baru "nama" Sabah dan Sarawak di pentingkan.


Bahkan saya tahu bahawa sekolah-sekolah di Sabah turut susah kerana kekurangan guru-guru yang tidak rela mengajar di sana. Eh, Sabah itu bukanlah jauh. Sekarang ada Air Asia ini! Semua orang pun BOLEH TERBANG! Saya pernah membaca di surat khabar yang menyiarkan masalah yang dihadapi oleh pelajar di sana. Mereka yang tinggal di pendalaman Sabah memerlukan masa yang panjang untuk sampai ke sekolah. Mereka terpaksa melalui sungai, jalan melalui hutan-hutan, dan jalan agak jauh jaraknya untuk sampai ke sekolah. Kalau hujan, tak payahlah pergi sekolah. Jalan yang mereka lalui akan banjir ataupun sekolah tidak ada guru kerana guru pun tidak dapat sampai.

Bila kerajaan cakap tentang Project Bakun dan project lain lain, tenaga elektrik yang dijana di sana akan di salurkan kepada Semenanjung Malaysia. Apa? Semenanjung lagi? Orang Sabah tak perlu ke? Takkan nak suruh mereka pakai minyak tanah ataupun lilin seumur hidup ini? Bagilah peluang untuk mereka menghayati hidup ini.
Peluang pekerjaan bagi Sabahan agak berkurangan kerana terdapat banyak pendatang tanpa izin yang datang ke Sabah. Mereka ini telah mengambil alih ekonomi ataupun wang gaji yang sepatutnya kepunyaan orang Sabah. Kenapalah ini boleh berlaku? Kerajaan harus menilai apakah masalah yang telah berlaku. (Kita tahulah, hanya mahu menyatakan sahaja.) Bila menang pilihan raya atas bantuan orang Sabahan dan Sarawak, barulah kerajaan bertidak menjaga keperluan mereka. Tolonglah, jangan layan mereka ini seperti orang yang bukan sebahagian dari Malaysia ini.
Kebelakangan ini, saya telah membaca sejarah tentang bagaimanakah Sabah telah menyatukan negeri itu dengan Malaysia. Pada masa itu, rakyat SABAH yang menentukan bahawa mereka ingin bersatu dengan Malaysia. Jikalau pada masa itu mereka memilih Filipina ataupun Indonesia, Malaysia LANGSUNG tidak mempunyai Sabah. Ingatlah bahawa rakyat Sabah yang berhasrat untuk bersatu dengan Semenajung Malaysia ini. Menteri Pelancongan yang sangat suka memaparkan nama Sabah, sila fikirkan cara-cara yang baik bagi menjaga Sabah yang penuh dengan kehidupan liar, pemandangan yang cantik, dan flora fauna yang istimewa. Janganlah hapuskan keunikan Sabah.

Sabahan yang melawat ke Semenanjung mendapati kita mempunyai adat yang berbeza. Sama juga dengan Raykat Semenanjung yang pergi ke sana. Macamlah dua negara yang berbeza. Banyak yang kita di Semenanjung Malaysia boleh berlajar dari mereka. Adat dan kemesraan mereka, kehidupan yang menarik serta makanan yang luar biasa.

Tidak menarik perhatian anda? Dah sampai masa kita bersatu, bukanlah bersatu pada masa 1963. Itu hanya dalam kertas, dalam hati saya rasa belum lagi. Saya suka dengan Sabah, bagaimana dengan anda? Dah sampai masa kita tolong menolong. Dah sampai masa untuk Sabah berubah demi masa depan yang cerah. Dah lah 45 tahun hidup tak menentu... Kawan-kawan di Sabah, saya menyeru anda membuat pilihan yang baik dalam hidup anda. Selain itu, kawan-kawan di Semenanjung ini tolonglah Sektor Pelancongan mereka. Banyak tempat yang boleh kita lawat. Tak perlulah susah susah nak tukar wang kita ini, terus pergi ke dunia yang berbeza di Sabah dan bila anda balik, memori yang terbaik memenuhi minda anda.

Semua gambar yang anda tengok ini dirakam di Sabah. Cantik? Menarik perhatian anda? Pergilah menikmati Sabah yang cantik ini! :)

Penjelasan Gambar:

Gambar
1: Pemandangan di atas Gunung Kinabalu
2: Ikan-ikan di Pulau Sapi.
3: Pemandangan di atas Gunung Kinabalu
4: Pemandang Gunung Kinabalu dari bawah. Diambil dari Wikipedia.
5: Pemandangan di atas Gunung Kinabalu
6: Kota Kinabalu, pemandangan dari atas bukit.

2 comments:

dil said...

saya orang semenanjung.
akan mulakan tugas di KK april nanti.
bila beritahu kwn2 sy ttg berita ini, ramai yang kata "eee..jauhnya".

tapi jawapan saya "3 jam saja.
walaupun jauh, masih malaysia bukan?"

sy akan ambil peluang ini untuk meneroka keindahan sabah - tempat, budaya, dan MAKANANNYA.

one said...

sya orang sabah..tp study k semenanjung..sbnarnya smua tmpat ad keindahan trsendri kan..