Malaysia requires more people to voice out and stand in the front line. No more hiding behind their comfort zone and wait for changes to come. We ought to do it NOW! Peace to all mankind.

Saturday, March 07, 2009

Sultan bimbang orang Melayu Selangor berpecah : Bukan semua Rakyat ke?


Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan kebimbangan terhadap orang Melayu di Selangor yang telah berpecah belah disebabkan oleh berlainan fahaman politik.

Titah baginda, walaupun bangsa Melayu tidak mungkin akan hilang dari dunia, tetapi tidak ada gunanya sekiranya orang Melayu yang tinggal itu tidak bertamadun, tidak dihormati dan boleh dipermainkan serta diperalatkan.

"Beta sudah berkali-kali menyeru kepada rakyat Melayu di negeri Selangor ini supaya menghormati antara satu sama lain, memahami akan kedudukan satu dengan yang lain dan yang paling penting, mempercayai antara satu dengan yang lain.

"Jika orang Melayu sentiasa menyimpan syak wasangka antara satu dengan yang lain maka inilah yang akan menimbulkan rasa curiga, rasa sangsi dan cemburu yang menyebabkan timbulnya fikiran dan tindakan yang negatif sesama rakyat jelata," titah baginda.

Diambil di laman web malaysiakini. Tekan sini untuk baca berita sepenuhnya.

~~~~~~~~~~~~~~

Baginda telah menyuarakan fikirannya. Saya berpendapat bahawa ia bergantung kepada cara seseorang itu dibesarkan. Keadaan sekeliling di mana seseorang itu tinggal juga menjadi faktor yang mempengaruhi pemikiran yang negatif.

Namun, setiap orang ada pilihan mereka.

Di Malaysia, terdapat 2 kumpulan Rakyat.

Kumpulan yang pertama adalah demi Kebaikan Malaysia yang mana mereka mahukan Kerajaan yang bersih dan Amanah, Keadilan untuk semua orang, dan Kerajaan yang fikir demi Rakyat jelata.

Kumpulan yang kedua pula pentingkan kebaikan sendiri dan tidak pendulikan kesusahan Rakyat. Mereka pula menyokong dengan buta-buta tanpa fikir dengan sebaik-baiknya. Nak sokong pun fikirlah sikit...

Sudah tiba masa Rakyat Bersatu, bukan hanya orang Melayu aje.


Demi Malaysia yang lebih Baik!

No comments: