Malaysia requires more people to voice out and stand in the front line. No more hiding behind their comfort zone and wait for changes to come. We ought to do it NOW! Peace to all mankind.

Saturday, January 03, 2009

Pejuang bahasa, pernahkah ini terlintas dalam minda anda?

Saya tidak tahu kenapa kita ada pejuang Bahasa bagi menyelamatkan Bahasa Kebangsaan (BK). Ia macam menyatakan bahawa BK akan pupus sedangkan kita mempunyai BK sebagai mata pelajaran yang wajib diambil di sekolah rendah dan menengah. Walaupun saya mempunyai pandangan yang berbeza terhadap Tun Mahathir, namun saya rasa keputusan yang dibuat olehnya adalah demi kebaikan masa depan anak-anak Malaysia.

Jika anak-anak muda mula belajar dari usia yang muda, ia mudah diserap dan difahami di masa kelak. Mata pelajaran matematik dan sains di peringkat Universiti menggunakan Bahasa Inggeris dalam pengajarannya. Kenapa para-para pejuang bahasa ingin menyusahkan pelajar-pelajar bagi menyesuaikan diri dalam penggunaan Bahasa Inggeris supaya mereka boleh memahami dengan lebih mudah di peringkat Universiti.

Sila baca petikan berita ini di malaysiakini.

"Gabungan itu, yang turut menghimpunkan tokoh-tokoh pencinta bahasa kebangsaan, menggelarkan kumpulan mereka Sekretariat Selamatkan Bahasa Melayu."

Jika mereka ingin menggunakan Bahasa Kebangsaan bagi meneruskan pengajaran mata pelajaran tersebut, saya tidak mempunyai hak untuk bantah. Tetapi, fikirlah jika seseorang pelajar yang minat dengan mata pelajaran tersebut ingin mencari lebih banyak maklumat. Mereka harus menterjemah ke Bahasa Inggeris baru boleh mendapat lebih banyak maklumat.

Kalian boleh mencubanya di GOOGLE. Saya telah cuba.

Pendidikan kita masih perlu diperbaiki. Demi Kebaikan anak-anak muda kita, bagilah peluang untuk mereka maju ke depan demi Malaysia. Harap ia dapat membuka minda pejuang bahasa.

4 comments:

Hasbullah Pit said...

Ulasan saya di sini

http://hasbullah.pit.my/2009/01/re-pejuang-bahasa-pernahkah-ini.html

Anonymous said...

bm akan musnah secara senyap kerana kehilangan kosa kata sains dan maths. minda generasi muda pada 2050 hanya ada perbendaharaan kata bi bg sains maths. tiada bm. gembiralah awak ye...

Jarod said...

Kepada Syed Naseer,

BM tidak AKAN musnah! BM masih diajar di sekolah-sekolah dan para-para ibubapa masih berinteraksi dengan anak-anak mereka menggunakan BM. Jadi, ia masih di dalam penggunaan dan tetap digunakan walaupun pada tahun 2050. :)

Yang difikirkan adalah demi pembangunan Malaysia dan masa depan anak-Anak Malaysia.

Anonymous said...

Memang BM masih dituturkan tetapi bukan lagi sebagai bahasa ilmu atau bahasa teknologi. BM akan setaraf dengan bahasa kolokial seperti bahasa Murut, Iban, Banjar atau Jawa yang tidak lagi menjadi bahasa ilmu kerana hanya dijadikan bahasa di rumah sahaja.
Jika 50 tahun lagi, Malaysia menjadi negara bertamadun yang ingin dipelajari teknologinya oleh bangsa lain, mereka perlu belajar bahasa Inggeris bukannya BM. Di manakah maruah BM dan maruah bangsa Melayu?