Malaysia requires more people to voice out and stand in the front line. No more hiding behind their comfort zone and wait for changes to come. We ought to do it NOW! Peace to all mankind.

Tuesday, November 25, 2008

Komen saya di laman web project Malaysia tentang Bahasa dan sistem pendidikan

Before you proceed to read my comment on the article, may be you can have a read on the original article.


Bahasa tidak gagal, yang gagal adalah sekolah-sekolah yang mana ianya tidak memberi cabaran kepada pelajar-pelajar. Saya masih ingat bila saya belajar di SRJK CINA, saya mempunyai banyak kerja rumah untuk dihabiskan. Malah, jika saya tidak menghabiskan, denda akan menunggu saya. Jikalau saya tidak silap, Sekolah Kebangsaan tidak mempunyai banyak kerja rumah dan sangat relaks bila belajar di SK.

Inilah keunikan SRJK yang membuat para-para ibubapa menghantar anak-anak mereka ke SRJK. Mereka mahu yang terbaik untuk anak mereka, bukan kerana bahasa malaysia yang menjadi halangan kepada anak mereka. (Saya bincang dari segi SRJK Cina, tidak termasuk Sekolah RJK Tamil kerana saya tidak pernah belajar di sana.)

Untuk mereka yang belajar dalam Bidang Pendidikan BAHASA, mereka pasti pernah dengar tentang bahawa bagi seseorang untuk menguasai sesuatu Bahasa, mereka harus mula dari usia yang muda. Jika mereka tidak mula, maka ia akan menjadi kesusahan bagi mereka dalam menguasai bahasa pada usia yang tua.

Tengoklah keadaan sekeliling kita. Anda memulakan hidup anda bersama keluarga anda. Anda bertutur dalam BM, saya bertutur dalam bahasa cina dengan keluarga saya. Permulaan saya atau kebiasaan saya ialah bertutur dalam bahasa ibunda. Adakah anda akan belajar bertutur Bahasa Cina dengan keluarga anda? Tidak, kecuali jika salah seseorang di kalangan keluarga anda tahu bahasa itu. Permulaan pada masa muda itu yang menjadi titik permulaan anda dalam menguasai sesuatu bahasa. Tetapi, seseorang itu masih boleh belajar menguasai bahasa yang dia hendak jika dia inginkan.

Ambil contoh wanita yang ditangkap imigresen itu. Dia hanya menghabiskan pendidikan rendah sahaja. Masa itu dia masih muda. Ia tidak akan terlintas dalam fikiran anak-anak muda yang BM adalah penting. Ibubapa memainkan peranan penting dalam pembinaan hidup seseorang anak. (Jika orang yang disebut itu adalah perkara yang berlaku baru-baru ini, wanita itu sebenarnya telah ditahan selama 11 bulan. Boleh baca di sini. )

Bahasa Malaysia tidak diabaikan di Uni-uni dan syarikat awam, BM yang diuji di tahap SPM telah digunakan untuk menentukan tahap kefasihan para-para pelajar di sekolah dan mereka dikehendaki memasuki kursus yang khususnya untuk mereka yang lemah di Uni.

Titik permulaan adalah penting. Namun, banyak yang boleh diperbaharui dan pendidikan boleh membawa setiap kaum bersatu di Malaysia.

Perubahan harus bermula dari hati.

No comments: